SAFAWI, SUPER LEAGUE’S TOP LOCAL GOALSCORER.

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) forward Safawi Rasid finished the 2019 Malaysia Super League campaign as the top local goalscorer with eight goals, an increase from the six he scored in 2018.

In addition to the eight goals scored, the 22-year-old also made six assists as he combined well with Diogo Luis Santo and Gonzalo Cabrera to spur the Southern Tigers’ attack.

This is the second consecutive explosive season for Safawi. Last year, Safawi was JDT’s overall top goalscorer with 16 goals in all competitions. He has scored nine in total thus far – including one in the AFC Champions League – and will be looking to increase his tally in the upcoming Malaysia Cup.

Safawi was also named Malaysia’s Most Valuable Player in 2018. Luaskan Kuasamu Johor. 

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

SAFAWI, PENJARING TEMPATAN TERBANYAK LIGA SUPER

Penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menamatkan kempen Liga Super Malaysia 2019 sebagai penjaring gol tempatan terbanyak dengan jumlah jaringan lapan gol, peningkatan daripada enam gol yang dijaringkan pada musim 2018.

Di samping lapan gol yang dijaringkan, pemain berusia 22 tahun ini juga melakukan enam ‘assist’ dan berganding baik dengan Diogo Luis Santo serta Gonzalo Cabrera untuk menjana serangan Harimau Selatan.

Ini adalah musim kedua berturut-turut Safawi menyerlah. Tahun lalu, Safawi antara penjaring gol utama JDT dengan jumlah keseluruhan 16 gol dalam semua pertandingan. Beliau telah menjaringkan sembilan gol setakat ini – termasuk satu dalam Liga Juara-Juara AFC – dan boleh meningkatkan jumlahnya pada Piala Malaysia yang akan datang.

Safawi juga dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai Malaysia pada musim 2018. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120883"]