SANTAPAN HARIMAU SELATAN SEBELUM HIBERNASI

“Jangan luahkan impian anda, tunjukkan kepada mereka.” – DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja

Motivasi itu diimplementasi dengan penuh kesempurnaan. Di rumah kita, kita berjaya tunjukkan rupa sebenar Harimau Selatan. Biarpun orang kata, yang bertandang bukan lawan sebenar, kejayaan ini tetap dirai walaupun sebentar.

Umpama mendapat daging “Aberdeen-Angus” santapan ketika solstis, kepuasan tahap tertinggi sang karnivora dapat didiagnosis. Lima kali sorakan sama ritma gamat kosmos kita laungkan, hasil pelaburan bila serangan bertali arus tanpa kasihan. Sembilan puluh minit atmosfera Larkin meriah luar kebiasaan. Langkah lebih jauh hampir pasti menjadi kenyataan.

Pada malam itu, setiap posisi berfungsi dengan baik, tempo permainan pula menjadi sangat menarik, disiplin ketika bertahan konsisten tiada turun naik, membuat yang bertandang pasti selamanya merasa serik. 

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan kemahuan tinggi dalam membetulkan kesilapan. Misi memberi keyakinan seratus peratus kepada penyokong juga menjadi faktor pencetus kebangkitan. Bila kedua-dua elemen ini digaul bersama dalam satu kubus proposisi, maka tidak syak lagi membawa piala tertua Asia itu bukan sebuah harapan yang dicanang mitasi.

Akhir kalam, dari hari ke hari kita pasti bangkit. Kisah yang sulit jangan lagi diungkit. Bersama-sama keluarga kecil ini kita berjuang mencapai matlamat, semoga berjaya tamat, kelak hingga ke garisan penamat.

“Sikap positif benar-benar mampu membantu kita mencapai apa yang diimpikan. Ianya terbukti membantu saya”. – DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="121236"]