SECOND LEG COMEBACK RECORDS PROVE JOHOR DARUL TA’ZIM FC’S METTLE

Despite losing in the unifi Piala Malaysia 2018 semi-final first leg, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) are not flustered to face Terengganu FC in the second leg at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin on 20 October.

Based on past records, JDT have made three comebacks in cup competitions after losing the first leg whether at home or away.

The first time JDT made a comeback was in the FA Cup 2013 quarter-finals. After losing 2-1 to Selangor at Larkin, JDT bounced back with a 2-1 win in Shah Alam before winning 4-2 on penalties and qualified for the semi-finals.

The second time was when JDT beat Felda United 3-1 at Larkin despite losing 3-4 in the first leg of the Malaysia Cup 2014 semi-finals to qualify for the final.

The FA Cup 2016 semi-finals saw JDT defeat Kedah 3-1 at Larkin despite losing 2-1 at the Darul Aman Stadium. The victory saw JDT reach the final before emerging as FA Cup winners for the first time.

Thus JDT need to stay focused to welcome the visit of Terengganu FC at Larkin. Nothing is impossible and with the Larkin roar echoing, surely it will boost the players’ spirits to defend the Malaysia Cup. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

REKOD ‘COMEBACK’ PADA PUSINGAN KEDUA BUKTI KEMAMPUAN JOHOR DARUL TA’ZIM

Meskipun tewas di separuh akhir pertama unifi Piala Malaysia 2018, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak gusar untuk menghadapi Terengganu FC pada pertemuan kedua yang akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 20 Oktober nanti.

Berdasarkan rekod terdahulu, JDT pernah tiga kali membuat ‘comeback’ dalam pertandingan piala setelah tewas pada pusingan pertama sama ada di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

Kali pertama JDT berjaya membuat ‘comeback’ adalah dalam pertandingan suku akhir Piala FA 2013. Setelah tewas 2-1 kepada Selangor di Larkin, JDT bangkit dengan kemenangan 2-1 di Shah Alam sebelum menang penentuan penalti 4-2 dan layak ke separuh akhir.

Kali kedua pula, JDT berjaya mengenepikan cabaran Felda United 3-1 di Larkin walaupun tewas 3-4 di pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2014 sekaligus layak ke perlawanan akhir.

Separuh akhir Piala FA 2016 pula menyaksikan JDT berjaya menewaskan Kedah 3-1 di Larkin meskipun sebelum itu tewas 2-1 di Stadium Darul Aman. Kemenangan tersebut menyaksikan JDT layak ke pentas final sebelum muncul juara Piala FA buat julung kalinya.

Oleh itu, JDT perlu kekal fokus untuk melayani kunjungan Terengganu FC di Larkin nanti. Tiada apa yang mustahil boleh berlaku malah dengan bantuan Sorakan Larkin, pastinya mampu menaikkan semangat juang pemain untuk mempertahankan Piala Malaysia. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="113977"]