Signing Akhyar

There is a clause in the football regulations that provides that a player can leave at the end of the season if he wants to by following certain precedures.

When it was reported that Akhyar Rashid was looking to terminate his contract with Kedah and was awaiting FAM’s decision after Kedah ignored his request to discuss matters, we said we would only approach Akhyar when he leaves the club and is a free agent. So how is it JDT’s fault for signing Akhyar after there was an announcement by FAM that he was allowed to be a free agent?

If today Safawi Rasid comes to me and says he wants and buyout his contract and leave, I have to accept it with an open heart.

I can’t be upset with him or the team that wants to get the player’s services. Why? Because this means the club did not take good care of the player to an extent of him want wanting to move clubs. I can only blame myself and this club for not taking good care of a player. I will see it as a failure at the club because we would have done something wrong. Now, Kedah are blaming others.

First, you do not understand the regulations. Second, you are blaming others for your own weaknesses.

If Kedah want to take Akhyar or Johor Darul Ta’zim FC to the Court of Arbitration for Sport (CAS) or FIFA, go ahead.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Terdapat klausa dalam peraturan bola sepak yang menyatakan bahawa seorang pemain boleh meninggalkan pasukan pada akhir musim sekiranya beliau inginkan, dengan mengikut prosedur tertentu.

Apabila terdapat laporan bahawa Akhyar Rashid sedang berusaha untuk menamatkan kontraknya dengan Kedah dan sedang menunggu keputusan FAM selepas Kedah tidak mengendahkan permintaannya untuk membincangkan perkaratersebut, kami menyatakan bahawa kami hanya akan mendekati Akhyar apabila beliau telah meninggalkan kelab tersebut dan merupakan ejen bebas. Jadi, apakah kesilapan JDT untuk menandatangani Akhyar selepas ada pengumuman oleh FAM bahawa beliau dibenarkan menjadi ejen bebas?

Jika hari ini Safawi Rasid datang kepada saya dan mengatakan beliau mahu menebus kontraknya dan meninggalkan kelab ini, saya akan terima dengan hati yang terbuka.

Saya tidak boleh kecewa dengannya atau pasukan yang hendak mendapatkan pemain tersebut. Kenapa? Kerana ini bermakna kelab tidak menjaga pemain tersebut dengan baik sehingga mendorong pemain tersebut untuk berhijrah. Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan kelab ini kerana tidak dapat menjaga pemain dengan baik. Saya akan melihatnya sebagai satu kegagalan kami kerana mungkin kami ada melakukan kesilapan. Sekarang, Kedah menyalahkan orang lain.

Pertama, anda tidak faham peraturan. Kedua, anda menyalahkan orang lain untuk kelemahan anda sendiri.

Jikalau Kedah merasakan bahawa mereka mahu membawa Akhyar atau Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ataupun FIFA, teruskan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor