SIX FACTS ABOUT WARM-UP PROGRAMME AS PER FIFA 11+ MANUAL

The importance of warming up before training and matches cannot be overstated to prevent injuries and needs to be instilled into all players from young.

FIFA has outlined a manual that should be practised by every coach especially at the grassroots level. The manual has been proven helpful in preventing injuries. The manual is called FIFA 11+.

Here are six facts you should know about the FIFA 11+ programme.

1. PROGRAMME DEVELOPED BY EXPERTS

The programme was developed by a group of international experts from the FIFA Medical Assessment & Research Centre (F-MARC) and published in the British Medical Journal in 2008. It has been proven to prevent serious injuries among footballers by 50%.

2. SUITABLE FOR GRASSROOTS PLAYERS

FIFA 11+ is suitable for amateur footballers aged 14 and above. Meanwhile, FIFA 11+ For Kids is for kids from the age of 7 to 13 years old.

3. 20 MINUTES PER SESSION FOR TWICE A WEEK

Players only need 20 minutes to warm up as per the FIFA 11+ and FIFA 11+ For Kids programmes. It should be done twice a week to obtain positive results. Players should also wear suitable clothes and football boots during the activity.

4. FINDING OUT THE RIGHT BODY POSTURE FOR VARIOUS ACTIVITIES

The main objective of the FIFA 11+ and FIFA 11+ For Kids warm-up programmes is to find the correct body posture when kicking, running, jumping, controlling the ball or dribbling. Besides that, it can strengthen key muscles for football matches such as thigh and gluteal muscles.

5. STRETCHING NOT REQUIRED

Stretching activities are not required. This is because it is already included in the programme manual. Coaches need to ensure all players do it correctly to achieve the optimum result.

6. GUIDELINES AVAILABLE ONLINE

The complete manual related to the FIFA 11+ and FIFA 11+ For Kids warm-up programmes can be easily obtained online. It is very useful to serve as guidelines during warm-up sessions and subsequently prevent injuries.

This health information is provided by Dr. Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

ENAM FAKTA BERKAITAN PROGRAM MEMANASKAN BADAN MENGIKUT KAEDAH FIFA 11+

Kepentingan memanaskan badan sebelum latihan dan perlawanan sangat penting untuk mengelakkan kecederaan dan perlu diterapkan dalam diri semua pemain sejak dari kecil.

Kini FIFA telah menggariskan satu kaedah yang harus dilatih oleh setiap jurulatih terutama sekali diperingkat akar umbi. Kaedah ini telah terbukti dapat membantu untuk mengurangkan kecederaan. Kaedah ini dipanggil FIFA 11+.

Berikut adalah ENAM fakta yang perlu diketahui mengenai program FIFA 11+.

1. PROGRAM DIBANGUNKAN PAKAR

Program ini telah dibangunkan oleh sekumpulan pakar antarabangsa dari FIFA Medical Assessment & Research Centre (F-MARC) dan telah diterbitkan di dalam British Medical Journal pada tahun 2008. Ia telah terbukti dapat mengurangkan kecederaan serius dikalangan pemain bolasepak sebanyak 50%.

2. SESUAI UNTUK PEMAIN AKAR UMBI

FIFA 11+ adalah untuk pemain bola sepak amatur yang berumur 14 tahun ke atas. Manakala FIFA 11+ For Kids pula direka untuk kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 13 tahun.

3. 20 MINIT SATU SESI SELAMA DUA KALI SEMINGGU

Pemain hanya mengambil masa 20 minit untuk memanaskan badan mengikut program FIFA 11+ dan FIFA 11+ For Kids. Ianya haruslah dilakukan 2 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang positif. Pemain juga perlu mengenakan pakaian serta kasut bola yang sesuai ketika melakukan aktiviti ini.

4. MENGETAHUI KEDUDUKAN BADAN YANG BETUL KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI

Objektif utama program memanaskan badan FIFA 11+ dan FIFA 11+ For Kids ini adalah untuk mendapatkan kedudukan badan yang betul ketika menyepak, berlari, melompat, mengawal dan menggelecek bola. Selain dari itu ianya dapat menguatkan otot-otot penting untuk perlawanan bola sepak seperti otot peha dan punggung.

5. REGANGAN TIDAK DIPERLUKAN

Aktiviti regangan pula tidak diperlukan. Ini kerana, ianya sudah termasuk di dalam manual program ini. Jurulatih perlu memastikan semua pemain melakukannya dengan betul bagi mencapai keputusan optimum.

6. PANDUAN YANG MUDAH DIDAPATI DI LAMAN INTERNET

Manual yang lengkap berkaitan program memanaskan badan FIFA 11+ dan FIFA 11+ For Kids ini boleh didapati dengan carian di internet. Ianya sangat berguna untuk dijadikan panduan ketika melakukan sesi memanaskan badan dan seterusnya dapat mengurangkan kecederaan.

Sumber informasi kesihatan ini dibawakan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor Pasukan, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114703"]