SOCIAL MEDIA CONTENT PLAYS HUGE ROLE AS A LINK BETWEEN CLUB AND FANS

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have always been consistent in their production of social media content. It is because in modern football, social media content plays a big role in the progress of a football club.

Through updates shared on social media, all issues and announcements can be addressed officially and be seen and read by the majority of fans following JDT’s social media accounts.

For example, JDT’s social media accounts shares with the fans about match dates, match results, stadium activities, and many more involving the team. The fans can also follow the players’ training closely through the JOHOR Southern Tigers page.

Besides sharing updates, the official social media pages act as the club’s official communication outlets. Any allegations made against the club are often answered by the club owner, the technical director or the sports director, which in turn neutralises rumours and wild gossips made by unofficial media. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

INTIPATI MEDIA MEMAINKAN PERANAN PENTING SEBAGAI PENGHUBUNG ANTARA KELAB DAN PENYOKONG

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa konsisten dalam penghasilan kandungan media sosial. Ini kerana dalam bola sepak moden, kandungan media sosial memainkan peranan yang cukup besar dalam kemajuan sesuatu kelab bola sepak.

Menerusi hebahan yang baik melalui media sosial, segala permasalahan mahupun pengumuman dapat dibuat secara rasmi dan dapat dilihat dan dibaca oleh majoriti penyokong yang mengikuti laman sosial JDT.

Sebagai contoh, laman sosial JDT akan membuat hebahan kepada penyokong akan tarikh perlawanan, keputusan perlawanan, aktiviti di stadium serta pelbagai lagi berkaitan pasukan. Penyokong juga dapat mengikuti latihan pemain dengan lebih dekat menerusi laman JOHOR Southern Tigers.

Selain dari membuat hebahan, laman sosial rasmi juga bertindak sebagai lidah rasmi kelab. Segala tohmahan yang dilemparkan kepada kelab akan dijawab oleh pemilik kelab mahupun pengarah teknikal atau pengarah sukan sekaligus menutup desas-desus atau gosip liar yang dibuat oleh media tidak rasmi. Luaskan Kuasamu Johor. 

[related_post themes="flat" id="114415"]