SUCCESS AFTER SUCCESS IS PROOF OF JOHOR DARUL TA’ZIM FC’S CONSISTENCY 

The successful transformation of Johor Darul Ta’zim FC (JDT) under HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, since 2013 can be seen from the various achievements of the club.

Besides carving their name on the Asian stage by winning the AFC Cup in 2015, the accomplishments of winning the Malaysian Super League title for five consecutive times (2014-2018), FA Cup (2016), Malaysia Cup (2017) and Charity Cup victories are part of the proud achievements of this club with big ambitions.

Clearly, these achievements are difficult to be emulated and is considered a benchmark in the Malaysian football scene and surely, the 2019 season promises to be another great experience for JDT, who will also be competing in the AFC Champions League (ACL) and striving to retain the league title. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PENCAPAIAN DEMI PENCAPAIAN BUKTI KONSISTENSI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Transformasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibawa oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sejak 2013 dapat dilihat melalui pencapaian yang diraih kelab ini.

Selain kejayaan menempa nama di pentas Asia dengan memenangi Piala AFC pada musim 2015, kejayaan menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut (2014-2018), Piala FA (2016), Piala Malaysia (2017) serta Piala Sumbangsih juga merupakan rentetan kejayaan yang boleh dibanggakan oleh kelab yang mempunyai cita-cita besar ini.

Jelas, ia merupakan pencapaian yang sukar ditandingi dan menjadi penanda aras buat bola sepak tanah air dan pastinya musim 2019 bakal menjanjikan satu lagi pengalaman lebih mencabar apabila JDT turut bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) selain berusaha mengekalkan kejuaraan liga. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114653"]