THANK YOU AND CONTINUE YOUR SUPPORT FOR JOHOR DARUL TA’ZIM

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) would like to say thank you and show appreciation to fans who were present to show their support during the recent Charity Cup match as JDT won their 10th trophy.

JDT also hope that fans will come to the stadium for Tuesday’s match against PKNP because the first six points are important for JDT to qualify for the 2019 AFC Champions League (ACL). That’s the club’s main target.

The club has continually given their best towards fan comfort by beautifying and improving the stadium, offering free shuttle bus service, and providing many more arrangements. Fan support is very important to inspire the players, management and everyone at JDT.

So, let’s come and show your undivided support and spirit for JDT in the match against PKNP this Tuesday.

HH Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Johor Darul Ta’zim FC President

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

TERIMA KASIH DAN TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN ANDA KEPADA PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyokong yang hadir memberi sokongan sewaktu perlawanan Piala Sumbangsih baru-baru ini sehingga JDT berjaya merangkul piala ke 10.

Pihak JDT juga berharap agar para penyokong dapat hadir sama ke stadium pada perlawanan kedua Selasa ini, iaitu pertemuan dengan pasukan PKNP kerana enam mata pertama ini amat penting buat kelab JDT bagi melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019. Itu adalah sasaran utama kelab.

Kelab juga telah berusaha sebaik mungkin demi keselesaan para penyokong dengan mencantikkan serta menaik taraf stadium, menawarkan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma dan pelbagai kemudahan lain. Sokongan para penyokong amat penting untuk memberi semangat kepada pemain, pihak pengurusan dan sesiapa sahaja yang berada dalam kelab JDT.

Oleh itu, marilah memberikan sokongan dan laungan semangat yang tidak berbelah bahagi kepada JDT dalam perlawanan menentang PKNP Selasa ini.

YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="106624"]