THANK YOU FOR THE WONDERFUL YEARS, SAFIQ

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) would like to wish our former captain Safiq Rahim all the best in his future undertakings.

Thank you for being part of a successful era where the Southern Tigers won five straight Malaysia Super League titles, three Charity Cups, 2016 FA Cup, 2017 Malaysia Cup and the coveted 2015 AFC Cup.

Safiq was among the first batch of signings made by JDT ahead of the 2013 season when HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor, kick-started a revolution that has seen the Southern Tigers expand to what it is today.

Now 31, Safiq played his way into the hearts of the fans during his six-year tenure.

Having won multiple winners’ medals and personal accolades, Safiq is the most decorated player of the current generation of players. Safiq also captained the 2009 SEA Games and 2010 AFF Suzuki Cup-winning squads.

While at JDT, Safiq was named Best Midfielder in Malaysia twice (2015 and 2016), 2015 Most Valuable Player in Malaysia and perhaps his proudest personal achievement was being named 2015 AFC Cup Most Valuable Player.

Parting ways are always tough and sometimes challenging, but it is part and parcel of life, and we have memories to hold forever. Thank you for the lovely memories and all the best, Safiq.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

TERIMA KASIH SAFIQ UNTUK TAHUN-TAHUN YANG MENAKJUBKAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas kapten, Safiq Rahim untuk kerjaya beliau pada masa akan datang.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada era kejayaan Harimau Selatan yang berjaya menjulang lima kejuaraan Liga Super Malaysia, tiga Piala Sumbangsih, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan Piala AFC 2015 yang amat bermakna.

Safiq merupakan antara pemain terawal yang ditandatangani oleh JDT menjelang musim 2013 apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, memulakan kancah revolusi yang telah menyaksikan Harimau Selatan berkembang ke tahap di mana ia berada hari ini.

Safiq yang kini berusia 31 tahun, seorang pemain yang telah memberikan aksi terbaik untuk menawan hati penyokong sepanjang tempoh enam tahun beliau berkhidmat di JDT.

Memenangi pelbagai pingat kejuaraan dan pengiktirafan peribadi, Safiq merupakan pemain generasi ini yang paling banyak memenangi pingat. Safiq juga mengetuai skuad negara yang menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010.

Semasa di JDT, Safiq dinamakan Pemain Tengah Terbaik di Malaysia sebanyak dua kali (2015 dan 2016), Pemain Paling Bernilai 2015 di Malaysia dan kemungkinan pencapaian peribadi terbaik adalah apabila dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015.

Perpisahan sentiasa sukar dan kadangkala ianya mencabar, tetapi ia adalah sebahagian daripada kehidupan, dan kita mempunyai memori untuk diingati selamanya. Terima kasih atas kenangan indah dan selamat maju jaya, Safiq.

[related_post themes="flat" id="114333"]