THE CATALYST FOR THE RISE OF JOHOR FOOTBALL IN 80S AND 90S

Dato Suleiman Mohd Noor was a sport figure and the Father of Johor Football, who became the catalyst for the rise of Johor football in the 80s and 90s. He, who was also Deputy President of the Johor Football Association and served as state secretary of the Johor government, was considered as the mover and shaker of Johor’s success in winning the Malaysia Cup in 1985 and becoming the first Malaysian team to do the Double when they won the league and Malaysia Cup in 1991.

In honour of his contributions, HRH Crown Prince of Johor decreed Johor Darul Ta’zim FC’s indoor training centre to be named after Dato Suleiman Mohd Noor. Symbolising the efforts made by him in the past, the training centre is among the most advanced in Southeast Asia and has been on every local football fan’s lips.

His death on August 7th 2017 has affected many football fans especially those who have played for Johor. Salam Takziah, Al-Fatihah.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PENCETUS KEBANGKITAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR ERA 80-AN DAN 90-AN

Dato Suleiman Mohd Noor merupakan tokoh sukan dan juga Bapa Bolasepak Johor yang menjadi pencetus kebangkitan bola sepak negeri Johor ketika era 80an dan 90-an. Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta pernah menjawat tugas selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dianggap sebagai antara penggerak utama kepada kejayaan skuad bola sepak Johor pada yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1985 serta menjadi pasukan pertama tanah air yang meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Liga dan Piala Malaysia pada tahun 1991.

Sebagai penghormatan ke atas jasa beliau, DYAM Tunku Mahkota Johor telah menitahkan agar nama pusat latihan tertutup milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dinamakan sempena nama Dato Suleiman Mohd Noor. Ianya simbolik dengan usaha yang dilakukan oleh beliau pada era sebelum ini. Pusat latihan tersebut yang merupakan antara yang tercanggih di rantau Asia Tenggara turut menjadi bualan kebanyakan para penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air serta dari luar negara.

Pemergian beliau pada 7hb Ogos 2017 amat memberi kesan kepada ramai penyokong bola sepak khususnya para pemain-pemain yang pernah bermain untuk negeri Johor. Salam Takziah, Al-Fatihah. 

[related_post themes="flat" id="102372"]