THE PLAYERS CARRIED OUT THEIR DUTIES WELL IN THE MATCH

The players started the match in the first half very well. They also made several chances and had we used them well, maybe by the tenth minute JDT would’ve taken a 2-0 or 3-0 lead.

However, I’m satisfied with the performance shown by the players. And after Selangor scored a goal in the 27th minute, the players looked disappointed but they bounced back to create the second goal.

In the second half, we tried to do the same thing but it did not happen because Selangor had strong players. After JDT increased the lead to 3-1, we tried to play with a slower tempo because the physical condition of our players was not too good.

We feel we won the match well because the players and fans surely knew it was a tough match. We lost in our previous matches against Selangor but this time we beat them and put JDT at the top of the group.

Regarding Gary, like you all know, I don’t like to look at just one individual in a game. Gary is a footballer with a good attitude and we believe in him because we know the qualities he possesses. The coaches are very happy with Gary’s performance and surely the fans could see for themselves that he is one of the important players for us.

As for the back four, we don’t worry too much but we need to work harder to ensure a stronger defence. If last time JDT had Marcos Antonio as a defender, now we need to pair another player who can play well with Fadhli or anyone else.

Ulisses Morais, Johor Darul Ta’zim FC Head Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PARA PEMAIN TELAH MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK DALAM PERLAWANAN INI

Para pemain telah memulakan perlawanan pada babak pertama dengan sangat baik. Mereka juga telah melakukan banyak percubaan dan sekiranya kami menggunakan peluang tersebut dengan baik, mungkin pada minit kesepuluh JDT telah berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 atau 3-0.

Walaubagaimanapun saya berpuas hati dengan aksi perlawanan yang dipamerkan oleh para pemain. Malah selepas pasukan Selangor berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27, para pemain kelihatan agak kecewa namun mereka terus bangkit untuk mencipta gol kedua.

Pada separuh masa kedua pula kami cuba untuk melakukan perkara yang sama tetapi ia tidak berlaku kerana pasukan Selangor juga mempunyai barisan pemain yang hebat. Selepas JDT berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1, kami cuba untuk bermain dengan tempo lebih perlahan kerana keadaan fizikal para pemain kami yang tidak begitu baik.

Kami merasakan bahawa kami telah memenangi perlawanan ini dengan baik kerana para pemain dan semua penyokong pasti tahu bahawa ini merupakan perlawanan yang sukar. Pada perlawanan bertemu Selangor sebelum ini kami tewas namun kali ini kami berjaya menewaskan pasukan tersebut dan ia sekaligus meletakkan JDT di kedudukan teratas dalam kumpulan.

Mengenai Gary, seperti anda sedia maklum bahawa saya tidak gemar memandang kepada hanya satu individu dalam perlawanan. Gary merupakan seorang pemain bola sepak dengan sikap yang baik dan kami percaya kepadanya kerana kami tahu kualiti yang dimilikinya. Barisan kejurulatihan sangat gembira melihat prestasi yang ditunjukkan oleh Gary dan pastinya para penyokong dapat melihat sendiri betapa beliau merupakan antara pemain penting bagi kami.

Mengenai barisan pertahanan pula, kami tidak terlalu risau namun kami perlu bekerja lebih keras untuk memastikan benteng lebih ampuh. Jika sebelum ini JDT mempunyai Marcos Antonio sebagai pemain pertahanan, kini kami perlu meletakkan pemain lain yang mampu beraksi dengan baik untuk digandingkan bersama Fadhli atau pun sesiapa sahaja.

Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="103273"]