THE STORY BEHIND JOHOR DARUL TA’ZIM STATE-OF-THE-ART TRAINING FACILITIES

FOX Sports Asia aired a clip featuring the facilities at Johor Darul Ta’zim FC (JDT) and an interview with the Southern Tigers’ Technical Director Alistair Edwards.

During the interview, FOX Sports Asia presenter Colette Wong speaks of the quality of the Padang Seri Gelam Training Centre (PSG) in Johor Bahru before asking Alistair a series of questions pertaining to the training ground and the new currently under-construction Sultan Ibrahim Stadium.

“It(PSG) truly is an amazing facility and a great place to be, and it stems from the brainchild of His Royal Highness TMJ. (HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor),” said Alistair. 

“All the equipments that we have purchased are the top stuff that really helps. So it’s all about making sure we take away the excuses from the players and make sure we provide every opportunity for them to perform at the best of their ability.

“We are building a brand new stadium to evolve into one of the best clubs in facilities as well as performance in Southeast Asia. Everyone is going be so thrilled with what they see. It’s going to be a massive landmark. It will be something the Johor people or Bangsa Johor will be proud of,” he said.

The interview was part of a series of short features surrounding the Southern Tigers as they battle in the AFC Champions League for the first time this year.

Watch the video here: https://www.foxsportsasia.com/videos/the-story-behind-johor-darul-tazim-state-of-the-art-training-facilities/

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DISEBALIK TABIR FASILITI LATIHAN CANGGIH JOHOR DARUL TA’ZIM

FOX Sports Asia menyiarkan satu klip mengenai fasiliti Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan temubual bersama Pengarah Teknikal Harimau Selatan, Alistair Edwards.

Ketika temubual tersebut, penyampai FOX Sports Asia, Colette Wong berbicara mengenai kualiti Pusat Latihan Padang Seri Gelam (PSG) di Johor Bahru sebelum bertanya kepada Alistair beberapa soalan mengenai pusat latihan itu dan stadium baharu yang giat dibina, Stadium Sultan Ibrahim.

“Pusat Latihan ini sememangnya hebat dan tempat yang bagus untuk berada, semuanya adalah hasil idea DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,” kata Alistair.

“Kesemua peralatan yang telah dibeli adalah yang terbaik dan mampu membantu pemain. Ianya adalah untuk memastikan kami menghilangkan segala alasan dari pemain dan memastikan kami memberikan sebaik peluang untuk mereka beraksi pada tahap terbaik”.

“Kami sedang membina sebuah stadium baharu untuk meningkatkan tahap kami menjadi antara kelab terbaik dari segi fasiliti dan persembahan di Asia Tenggara. Semua orang akan teruja dengan apa yang mereka lihat. Ia akan menjadi satu mercu tanda. Ia akan menjadi sesuatu yang akan dibanggakan oleh Bangsa Johor,” tambahnya lagi.

Temubual ini adalah sebahagian siri video pendek yang berkisar tentang Harimau Selatan yang bertanding dalam Liga Juara-Juara AFC buat kali pertama tahun ini.

Video penuh di https://www.foxsportsasia.com/videos/the-story-behind-johor-darul-tazim-state-of-the-art-training-facilities/

[related_post themes="flat" id="118321"]