There’s nothing easy

Every match is difficult for us. There’s nothing easy. Like I have always said, the opponents will give 120% when playing against us because they want victory. However, we are also aware of it and we need to have a strong mentality and need to play well for 90 minutes because we want to win!

Regarding the two new players, Harry and Jorge Santos Silva, they have been undergoing training sessions and everything has been going very well. They have trained well and their communication with other players are really good.

We have lost at this stadium once when facing Kuala Lumpur, but this is a match with a different team. We are now in the best condition, especially after getting a win against Negeri Sembilan.

The important thing is the players’ morale is at a positive level and we want to give our all to bring home another three points for our fans. We will try to give our best for the fans.

We will be grateful if the fans can come to the stadium to give their support to us throughout the 90 minutes.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Setiap perlawanan adalah sukar bagi kami. Tiada istilah mudah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pihak lawan akan bermain 120 peratus ketika menentang kami kerana mereka mahukan kemenangan. Namun, kami juga sedar keadaan ini dan kami perlu mempunyai mentaliti yang kuat dan perlu bermain dengan baik sepanjang 90 minit perlawanan kerana kami mahu menang!

Mengenai kedua-dua pemain baru iaitu Harry dan Jorge Santos Silva, mereka kini sedang giat menjalani sesi latihan dan segalanya berjalan dengan sangat baik. Mereka telah memberikan aksi dalam latihan dengan baik dan komunikasi antara mereka dengan para pemain lain juga amat baik.

Kami pernah tewas di stadium ini ketika bertemu pasukan Kuala Lumpur, namun ini merupakan perlawanan dengan pasukan yang berbeza. Kami kini berada dalam keadaan terbaik, lebih-lebih lagi selepas berjaya mendapatkan kemenangan sewaktu menentang Negeri Sembilan.

Perkara yang penting adalah moral para pemain berada dalam keadaan positif dan kami akan berjuang berhabis-habisan untuk membawa pulang tiga lagi mata untuk para penyokong kami. Kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk para penyokong.

Kami amat berbesar hati sekiranya para penyokong dapat sama-sama hadir memberikan sokongan kepada kami sepanjang 90 minit perlawanan.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="109759"]