TMJ: THERE ARE THREE PROBLEMS WITH MALAYSIAN FOOTBALL

The Football Association of Malaysia (FAM) president Tunku Ismail Sultan Ibrahim engaged in a chat session with several members from the local football scene on Tuesday night.

Amongst those present at the discussion were football pundit Shebby Singh, Kevin Ramalingam from the Football Malaysia LLP, Hairuddin Omar from PFAM, representatives from Tifo Arena and Stadium MY.

While addressing the various problems that are currently plaguing the Malaysian football scene, the FAM president said that it all boils down to three main issues.

“What’s the problem with Malaysian football? I’ll tell you, there are three problems — corruption, lack of professionalism, and lack of education.” the Crown Prince said.

The FAM president also said that the mentality among local football fans need to change. They often criticise their football clubs, but they rarely express their support or even make the effort to go the stadium.

“It’s not like this in other countries. Here, we have fans who want their teams to win, but they don’t buy the merchandise, they don’t even go to the stadium to watch the game.”

“But they expect their teams to win every match. When their teams lose, they get angry and post about it everywhere.”

However, the Crown Prince doesn’t think that the negative comments should stop. In fact, the comments are vital to tell him where and how FAM can improve.

“I can be a dictator – I can just sit there and give orders – but that’s not how it should be. Football belongs to the people.”

“That’s why I’m doing more on-the-ground events and more engagement with the fans. I always make sure I go around and meet fans. We are also holding exco meetings in different states so I can meet fans from different states.”

“Feedback is always important. If you attend my dialogue sessions, I never limit the questions, I never have officers on the ground saying you can’t ask this or that – you have complete freedom to ask me whatever you want.”

“I am the president, and I’m responsible. I’m obligated to answer all your questions.” the Crown Prince said, adding that the next EXCO meeting will probably take place in Kedah.

Credit article https://stadium.my/…/three-problems-malaysian-football-acc…/

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DYAM TMJ: TERDAPAT TIGA MASALAH DENGAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut hadir bersama dalam sesi perbincangan dengan beberapa individu yang berkaitan dengan bola sepak tempatan pada malam Selasa lalu.

Antara yang hadir dalam perbincangan tersebut adalah Shebby Singh, Kevin Ramalingam dari Football Malaysia LLP, Hairuddin Omar dari PFAM, wakil Tifo Arena dan Stadium MY.

Dalam menangani pelbagai masalah yang kini melanda senario bola sepak Malaysia, presiden FAM berkata ia semuanya tertumpu kepada tiga isu utama.

“Apa masalah dengan bola sepak Malaysia? Saya akan beritahu anda, terdapat tiga masalah – rasuah, kekurangan profesionalisme, dan kekurangan pendidikan.” menurut Tunku Mahkota Johor.

Presiden FAM juga mengatakan bahawa mentaliti di kalangan peminat bola sepak tempatan perlu berubah. Mereka sering mengkritik kelab-kelab bola sepak mereka, tetapi mereka jarang menyatakan sokongan mereka atau bahkan tidak berusaha untuk pergi ke stadium.

“Ia tidak seperti ini di negara lain. Di sini, kami ada peminat yang mahu pasukan mereka menang, tetapi mereka tidak membeli barangan rasmi pasukan, malahan mereka juga tidak datang ke stadium untuk menonton perlawanan.”

“Tetapi mereka mengharapkan pasukan mereka memenangi setiap perlawanan. Apabila pasukan mereka kalah, mereka marah dan memperkatakan tentangnya di semua tempat.”

Walau bagaimanapun, baginda tidak merasakan bahawa komen negatif tersebut harus dihentikan. Malah, komen sedemikian juga penting untuk memberitahunya di mana dan bagaimana FAM boleh bertambah baik.

“Saya boleh menjadi diktator – saya boleh sekadar duduk di sana dan memberi arahan – tetapi bukan begitu sepatutnya berlaku. Bola sepak adalah milik rakyat.”

“Itulah sebabnya saya lebih banyak terlibat dalam pelbagai perkara berkaitan dan melakukan banyak ‘engagement’ dengan para penyokong. Saya sentiasa memastikan saya hadir dan bertemu dengan penyokong. Kami juga mengadakan mesyuarat exco di negeri berlainan supaya saya dapat bertemu dengan para penyokong dari setiap negeri.”

“Maklum balas adalah sentiasa penting. Jikalau anda menghadiri sesi dialog bersama saya, saya tidak pernah mengehadkan soalan, saya tidak pernah ada pegawai yang bertugas untuk mengatakan bahawa anda tidak boleh bertanya itu atau ini – anda mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk bertanya kepada saya apa sahaja yang anda mahukan.”

“Saya presiden, dan saya bertanggungjawab. Saya bertanggungjawab untuk menjawab semua persoalan anda,” jelas Tunku Mahkota Johor, sambil menambah bahawa mesyuarat EXCO seterusnya akan diadakan di Kedah.

Kredit artikel https://stadium.my/…/three-problems-malaysian-football-acc…/

[related_post themes="flat" id="102394"]