TMJ’S SECRET TO SUCCESS

The success of the U-16, U-19 and U-23 national teams as well as the national futsal squad to the highest levels of Asian competition is the result of a personal touch from President of the Football Association of Malaysia (FAM), HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor.

The matter was revealed by FAM general secretary Datuk Hamidin Mohd Amin who said many people didn’t know the important role played by His Royal Highness within the national body. According to him, the achievements are a huge success for the FAM as the national football association in the country.

Read more at https://www.bharian.com.my/…/…/11/349009/rahsia-kejayaan-tmj

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

RAHSIA KEJAYAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Kejayaan skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16), B-19 dan B-23 serta skuad futsal negara mara ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia adalah hasil daripada sentuhan ‘sulit’ Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menganggap banyak pihak tidak mengetahui peranan penting yang dimainkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam badan indukberkenaan.

Hamidin berkata, pencapaian itu adalah kejayaan besar buat FAM selaku badan pengelola bola sepak di negara ini.

SKUAD B-19 yang dibimbing Bojan Hodak menjadi pasukan terbaru mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan AFC tahun depan selepas menduduki kelompok naib juara lima pasukan terbaik. – Foto Luqman Hakim Zubir

“Salah satu faktor dalaman FAM yang menjadi sumber kejayaan ini adalah sentuhan daripada Tunku Ismail dan ada bahagian yang dilakukan beliau tidak diketahui orang luar.

“Kita boleh tengok semangat dan dorongan daripada Tunku Ismail termasuk pemberian bonus dan sebagainya yang membawa kepada kejayaan skuad B-23, B-19, B-16 dan skuad futsal negara.

“Kita lihat kejayaan skuad B-16, walaupun kita mengesahkan slot sebagai tuan rumah, tapi kita tetap layak secara merit dari segi pungutan mata pada pusingan kelayakan,” katanya yang kini bersama skuad kebangsaan di Buriram.

Skuad B-19 yang dibimbing Bojan Hodak menjadi pasukan terbaru mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan AFC tahun depan selepas skuad B-16, B-23 dan skuad futsal meraih pencapaian sama sebelum ini.

Selain itu, Hamidin menjelaskan FAM akan memastikan barisan pemain muda ini tidak akan terbiar kerana mereka adalah aset penting buat skuad kebangsaan pada masa akan datang.

“Skuad kebangsaan akan datang bakal memiliki masa depan yang cerah sekiranya kita jaga pemain ini dengan perancangan yang betul.

“Malah, kita pasti akan memiliki ramai pemain berkualiti selepas ini kerana bukan senang untuk layak ke pusingan akhir dalam saingan tertinggi Asia,” katanya.

Ikuti artikel penuh di https://www.bharian.com.my/…/…/11/349009/rahsia-kejayaan-tmj

[related_post themes="flat" id="104750"]