Tonight’s match remains important for us because we have won the league and become the best team in the country.

Tonight’s match remains important for us because we have won the league and become the best team in the country. So we want to continue the winning run. What the players and I are thinking now is only on the match against Kedah, who have many great local and foreign players.

Regarding Liridon Krasniqi and Paulo Rangel reportedly not playing tonight due to injuries, I don’t see it as an advantage. Football is a game of 11 versus 11, but I know both are important players for Kedah.

For now I haven’t decided on the starting line-up yet because I want to evaluate the fitness levels of the players first especially after they just played against Perak.

We are also very happy because we have brought joy to the fans with the fifth consecutive league title win. We will continue to give victories and the best results to our fans.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor

Perlawanan pada malam ini tetap merupakan antara perlawanan penting bagi kami kerana kini kami telah pun menjuarai liga dan menjadi pasukan terbaik dalam negara. Oleh itu kami perlu meneruskan kemenangan ini. Apa yang saya dan pemain fikirkan pada masa ini hanyalah perlawanan bertemu pasukan Kedah yang mempunyai ramai pemain tempatan dan luar negara yang hebat.

Mengenai Liridon Krasniqi dan Paulo Rangel yang dilaporkan tidak akan diturunkan pada malam ini ekoran kecederaan yang dialami mereka, saya tidak melihat ia sebagai satu kelebihan. Bola sepak adalah permainan di mana 11 pemain bertemu 11 pemain, namun saya tahu mereka berdua merupakan pemain penting untuk pasukan Kedah.

Buat masa ini saya belum memutuskan lagi siapa yang akan diturunkan sebagai kesebelasan utama kerana saya akan melihat tahap kecergasan para pemain terlebih dahulu lebih-lebih lagi mereka baru sahaja bertemu pasukan Perak.

Kami juga sangat gembira kerana telah berjaya memberikan kegembiraan kepada para penyokong dengan kejuaraan liga untuk kali kelima berturut-turut. Kami akan terus memberikan kemenangan dan keputusan yang terbaik untuk para penyokong kami.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="111353"]