TUJUH PERKARA: MENGAPA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DIKAGUMI DAN LAYAK DIJADIKAN SEBAGAI IDOLA

“Sentiasa perjuangkan apa yang anda percayakan”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, putera sulung penyambung legasi takhta Kesultanan Johor, sejak kecil sudah ditiup satu aura dalam kepimpinan,efikasi kendiri paksi utama eksistensi empayar Harimau Selatan. Harimau yang lena di kasur tiba-tiba Tunku kejutkan, pencetus kebangkitan lalu termanifestasi pemburu kejayaan. 

Tunku layak dijadikan idola dan mentor untuk mana-mana pasukan atau kelab yang mahu berjaya. Di artikel ini, beberapa elemen yang ada dalam diri baginda tetapi tidak ada pada mana-mana individu dalam organisasi pengurusan bola sepak Malaysia.

“Pertama- Pencipta Adikarya”

Misi dan visi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim(JDT) sebenarnya telah direncana sejak kali pertama baginda memutuskan untuk mengambil alih organisasi yang dahulu tiada haluan. Tunku berjaya mevisualisasikan perjalanan Harimau Selatan secara teratur lebih sepuluh tahun kehadapan. Paling diingati adalah titah Tunku pada tahun dua ribu tiga belas di mana JDT gagal mendakap sebarang kejuaraan, sehingga menjadi bahan karikatural makanan ruji dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam diam, Tunku bangkit bina JDT bagai sebuah karya agung, satu Malaya tersentak, mulut mereka mula melopong. 

“2013 adalah latihan, 2014 masa memanaskan badan dan 2015 adalah masa perlawanan.” -DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“Kedua- Tidak Menabur Janji Manis”

Janji Tunku bukan seperti manifesto atau janji-janji manis politikus. Segala janji Tunku adalah janji berstruktur bukan janji rakus.

Hasilnya, dalam hanya tempoh tidak sampai enam tahun dalam usia, nama JDT kini menjadi satu nama yang tidak asing lagi dalam benua Asia. Segala impian Tunku segelintir ketawa dan katakan itu semuanya mustahil, kini sudah terbukti bahawa mereka sebenarnya manusia naif dan terlalu jahil.

“Apabila saya mula mengambil alih JDT, matlamat saya adalah untuk mencipta sejarah” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“Ketiga- Beraspirasi Tinggi” 

Tunku adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan hebat dalam intuisi. Tunku akan menetapkan tanda aras dan berusaha serta bekerja keras mencari jalan untuk memanifestasi. Sebuah mimpi Tunku terjemah menjadi cita-cita, manakala cita-cita itu Tunku corak untuk menjadi sesuatu yang nyata. Kini JDT berada pada kelas yang tersendiri dalam kedudukan. Sebuah kelab yang mempunyai status dan reputasi yang boleh dibanggakan.

“Kita perlu bercita-cita tinggi dan sanggup menempuh kegagalan. Dengan semangat dan kesungguhan, seseorang mampu mencapai apa sahaja” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“Keempat- Sanggup Berkorban” 

Tanpa pengorbanan, kelab ini tidak kukuh seperti hari ini. Kerana pengorbanan, kita tidak akan berjaya seperti situasi terkini. 

Tunku telah mengorbankan masa, wang, emosi, jiwa raga malah status serta martabat baginda sebagai anak Raja hanya untuk memastikan empayar ini sentiasa utuh. Kehidupan seharian Tunku banyak dihabiskan untuk memikirkan bagaimana kelab ini gagah berdiri teguh. Tertubuhnya JDT, orang luar mula cemburu berakar subur. Bila mana kelab ini menjadi agen perpaduan dan jambatan muafakat yang dahulunya masih kabur.

“Inilah panji kepadanya saya berkhidmat, inilah panji yang saya pertahankan, dan deminya saya sanggup berkorban. Menjadi satu keistimewaan dan penghormatan bagi saya berbakti kepadamu Bangsa Johor. Anda tidak berkeseorangan. Allah Peliharakan Sultan. Hidup Johor Demi Johor!” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“Kelima- Sentiasa Mahu Belajar”

Sejak kewujudan JDT, kelab ini sentiasa mempunyai keinginan kuat untuk terus berjaya. Tunku telah meminta pandangan dan nasihat daripada beberapa individu yang mempunyai kredibiliti hebat dalam swadaya. 

Hasil dari pandangan dan nasihat mereka DYAM Tunku Mahkota Johor terjemah serta adaptasi, menjadikan JDT sebuah kelab yang tinggi reputasi setelah berkolaborasi.

“Kita perlu dikelilingi orang-orang yang hebat supaya kita juga menjadi hebat, jangan berhenti untuk belajar dan menimba ilmu”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

“Keenam- Penerapan Winning Mentality”

“Winning Mentality” amat signifikan dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pengurusan, pemain malahan penyokong juga telah diberi kesedaran tentang aplikatif atitud yang menjadi lazim. Dengan implementasi “Winning Mentality” supaya sejati dalam diri juga tubuh badan, JDT sentiasa agresif memburu kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.

Namun “Winning Mentality” bukan perkara mudah untuk dibina. Ianya memerlukan strategi, masa dan kesabaran paling sempurna. Di JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa menerapkan aura positif, supaya seluruh barisan jurulatih dan pemain sentiasa berada dalam radius pemikiran optimis.

“Di JDT, semuanya adalah mengenai ‘Winning Mentality’. Saya ‘push’ para pemain saya ‘to the limit’. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

“Ketujuh- Tidak Goyah Dengan Kegagalan” 

DYAM Tunku menganggap bahawa kegagalan adalah motivator yang terbaik. Kegagalan menjadikan JDT semakin hari semakin baik. Dengan kegagalan, JDT sentiasa dilihat fokus pada penambahbaikan. 

Segala kekalahan dan kegagalan adalah transit untuk menuju kejayaan lebih besar. DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa mengingatkan keseluruhan pasukan dan penyokong bahawa jangan terlalu sedih dengan tanda aras yang tersasar, kerana kegagalan ini adalah hanya satu permulaan untuk mencapai kemenangan lebih besar.

“Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang hadapan, dan seperti yang selalu saya katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Akhir kalam, DYAM Tunku Mahkota Johor telah berjaya menjadikan JDT sebagai modul “visioner dan inspirasional”, dalam perspektif nilai positif, sejak kewujudan JDT, Liga Malaysia juga banyak berevolusi dan semakin terkenal. 

Baginda adalah tokoh pembangkit kesedaran supaya perlu segera keluar dari kubikel sempit pemikiran “retrogresif Malaya”, juga sebagai idola yang membuktikan betapa pentingnya inovasi dan anjakan paradigma. 

“JDT bukan seperti karya unggul Picasso yang hanya diabadikan dalam lukisan, tidak tahu sama ada imaginasi atau benar-benar kejadian, tetapi JDT umpama impian Wright bersaudara dalam mencipta penerbangan, yang berjaya direalisasikan hingga termanifestasi menjadi kenyataan!”

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="119823"]