UNBELIEVABLE! UNGRATEFUL! THIS CLAIM IS COMPLETELY WITHOUT BASIS!

I am very disappointed to read that Mario Gomez is claiming that he is owed salary from JDT. Mario and I have spent many years at JDT and the club has been very generous and most importantly, never has our salary payments and bonuses been paid late. JDT is one of most professional clubs that I have worked with in my long career, this is why I chose to stay at the club even after the departure of Mario.

The agreement that I had with Mario Gomez and JDT was for my salary to be payed by Mario, this has been happening since I joined the club in 2015, firstly by Mario directly and later by the club secretary after Mario preferred and requested this arrangement due to convenience.

What I am saddened about is suddenly, three years later Mario is attempting to discredit the club with false accusations.
I can understand that Mario is sad and possibly bitter that he is no longer at JDT but this claim is totally uncalled for against a club that has provide so much for us both.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Assistant Head Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

SUKAR DIPERCAYAI! TIDAK BERSYUKUR! TUNTUTAN INI ADALAH LANGSUNG TIDAK BERASAS!

Saya sangat kecewa apabila membaca mengenai Mario Gomez mendakwa beliau masih mempunyai tunggakan gaji belum dijelaskan oleh JDT. Mario dan saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun di JDT dan kelab ini sangat telus dan yang paling penting, tidak pernah lewat membayar gaji dan juga bonus kami. JDT adalah salah satu daripada kelab yang paling profesional yang saya pernah bekerja sepanjang kerjaya saya. Inilah sebabnya saya memilih untuk kekal di kelab ini meskipun selepas pemergian Mario.

Perjanjian saya bersama Mario Gomez dan JDT adalah gaji saya dibayar oleh Mario. Perkara ini telah berterusan sejak saya menyertai kelab ini pada tahun 2015, yang pertama kalinya dibayar oleh Mario secara langsung dan kemudian oleh setiausaha kelab selepas Mario memilih dan meminta mengaturkannya agar ia lebih mudah.

Apa yang menyedihkan saya adalah apabila tiba-tiba tiga tahun kemudian Mario berusaha untuk menjatuhkan kelab ini dengan tuduhan palsu. Saya memahami bahawa Mario begitu sedih dan mungkin perit bagi beliau apabila tidak lagi berada di JDT tetapi tuntutan ini benar-benar tidak sepatutnya berlaku untuk menentang sebuah kelab yang memberi banyak manfaat kepada kami berdua.

Raul Longhi, Penolong Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="105212"]