UNIQUE TITLE CELEBRATION EXTRAVAGANT ON JULY 19 TO COMMEMORATE JDT’S SUCCESS AND FINAL LARKIN SUPER LEAGUE MATCH

Having celebrated previous Malaysia Super League titles in style, Johor Darul Ta’zim FC are set for yet another extraordinary title celebration at Dataran Bandaraya Johor Bahru on Friday, July 19.

In addition to the mind-blowing fireworks and light show that have been the highlight of past celebrations, the Southern Tigers will also reveal a new state-of-the-art surprise gimmick that is set to captivate those present at Dataran Bandaraya JB on July 19.

With a move to the new Sultan Ibrahim Stadium slated for the start of 2020, JDT will play Larkin’s last ever Super League match against Terengganu at 9.00pm before receiving a record sixth Super League trophy – an incredible double hat-trick. 

JDT will then parade the trophy around Johor Bahru and host an extravagant 2019 Super League title celebration at Dataran Bandaraya JB. The celebration will be the best yet from the Southern Tigers with activities lined-up from 3pm.

Among the exciting activities at JDT’s 2019 Super League title celebrations are:

1. State-of-the-art SPECIAL SURPRISE Performance
2. Explosive fireworks
3. Eye-catching lighting and laser show
4. Local A-list artist performance
5. Special International artist performance
6. Attractive lucky draw prizes
7. J6 Neon Fun Run
8. Football freestylers
9. Airing of exclusive People of Johor video
10. Fun Carnival
11. Malaysia Book of Records presentation

Luaskan Kuasamu Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

SAMBUTAN KEJUARAAN UNIK PENUH KEMERIAHAN PADA 19 JULAI SEMPENA KEJAYAAN JDT DAN PERLAWANAN LIGA SUPER TERAKHIR DI LARKIN

Setelah menyambut kejuaraan-kejuaraan Liga Super Malaysia sebelum ini dengan bergaya, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia untuk menyambut satu lagi sambutan kejuaraan yang luar biasa di Dataran Bandaraya JB pada Jumaat, 19 Julai ini. 

Selain pertunjukan bunga api dan lampu memukau yang menjadi tumpuan pada sambutan kejuaraan-kejuaraan yang terdahulu, kali ini Harimau Selatan akan mempersembahkan gimik kejutan yang canggih dimana ianya pasti menarik perhatian penyokong yang mengunjungi Dataran Bandaraya Johor Bahru malam itu. 

Dengan perpindahan ke stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim pada permulaan musim 2020, JDT akan bermain perlawanan terakhir Liga Super di Larkin menentang Terengganu FC jam 9.00 malam sebelum menerima trofi Liga Super keenam dalam rekod – pencapaian ‘double hat-trick’ yang mengagumkan. 

Pasukan JDT kemudiannya akan berarak bersama trofi di sekitar Johor Bahru dan akan mengadakan majlis sambutan kejuaraan Liga Super 2019 di Dataran Bandaraya JB. Sambutan ini akan menjadi sambutan yang terbaik pernah ditampilkan dari Harimau Selatan dengan pelbagai acara sudah dirancang bermula jam 3.00 petang. 

Antara aktiviti menarik pada majis sambutan kejuaraan Liga Super 2019 adalah: 

1. Persembahan KEJUTAN ISTIMEWA yang canggih
2. Pertunjukan bunga api
3. Persembahan lampu dan pertunjukan laser yang memukau
4. Persembahan artis tempatan Kelas A
5. Persembahan istimewa dari artis luar negara
6. Cabutan bertuah yang menarik
7. Larian ‘J6 Neon Fun Run’
8. ‘Football freestylers’
9. Siaran video eksklusif ‘Bangsa Johor’
10. Karnival
11. Penyerahan ‘Malaysia Book of Records’

Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120776"]