“WE ARE ALWAYS HUNGRY FOR SUCCESS”

Local newspapers today, highlighted Johor Darul Ta’zim’s (JDT) winning mentality following the comprehensive 3-0 win away against Perak over the weekend.

Having already secured a record sixth Malaysia Super League title in the previous match, the Southern Tigers refused to take things easy against Perak and returned to Johor Bahru with maximum points.

Manager Luciano Figueroa’s comments on the club’s winning mentality instilled by HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, the team’s dedication and hunger for success were reported in the local newspapers.

The Malaysia Super League champions have three more matches to complete the 2019 league campaign. JDT welcome PJ City on Wednesday, travel to face Kuala Lumpur on July 14 and conclude the season against Terengganu on July 19. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

“KAMI SENTIASA ‘LAPAR’ KEJAYAAN”

Akhbar-akhbar tempatan hari ini menonjolkan tentang ‘winning mentality’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berikutan kemenangan 3-0 yang meyakinkan ke atas Perak di tempat lawan pada hujung minggu lalu.

Walaupun sudah mengesahkan rekod kejuaraan kali keenam Liga Super Malaysia pada perlawanan sebelumnya, Harimau Selatan tidak mengambil mudah perlawanan menentang Perak dan pulang ke Johor Bahru dengan mata maksimum.

Komen dari Pengurus, Luciano Figueroa mengenai ‘winning mentality’ kelab yang diilhamkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, dedikasi pasukan dan keinginan tinggi untuk berjaya turut dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

Juara Liga Super Malaysia masih mempunyai baki tiga lagi perlawanan untuk menyempurnakan kempen liga 2019. JDT akan menerima kunjungan PJ City pada hari Rabu, bertandang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai dan menutup tirai musim dengan menentang Terengganu pada 19 Julai. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120596"]