WE ARE READY FOR THE MATCH AGAINST MUANGTHONG UNITED

Alhamdulillah everything has gone well, our preparations have been in the best condition. We as a team are ready for the match against Muangthong tomorrow and of course we want a positive result especially for Johor Darul Ta’zim fans. It is the team’s dream to qualify for the next stage and all of us will ensure it happens.

We have faced Muangthong before, losing in a penalty shoot-out. For me, that was the first time JDT reached that qualifying stage, so it might have been due to our lack of preparations and experience. However, tomorrow’s match will be the third game for JDT and we have already had the experience and preparations to face the qualifying round this time.

Every year we want the best compared to the previous years. The arrivals of Hariss Harun and Luciano Figueroa this season will definitely help the team especially because both have the experience of playing with JDT. No matter what, we will give our best for tomorrow’s match.

Safiq Rahim, Johor Darul Ta’zim FC Player

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KAMI TELAH BERSEDIA UNTUK PERLAWANAN MENENTANG MUANGTHONG UNITED

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik, persiapan kami juga berada dalam keadaan yang terbaik. Kami sepasukan telah bersedia untuk menghadapi perlawanan bertemu pasukan Muangthong esok dan semestinya kami mahukan keputusan yang positif khas untuk penyokong Johor Darul Ta’zim. Ini merupakan impian pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dan kami semua akan memastikan ianya tercapai.

Sebelum ini kami pernah bertemu pasukan Muangthong dan kami tewas dalam sepakan penalti. Bagi saya, itu merupakan kali pertama untuk JDT berada dalam peringkat kelayakan tersebut, dan mungkin ianya berlaku kerana kurangnya persediaan dan pengalaman dari kami. Namun, perlawanan esok merupakan perlawanan kali ketiga untuk JDT dan kami telah pun mempunyai pengalaman dan persediaan untuk menghadapi pusingan kelayakan pada kali ini.

Setiap tahun semestinya kami mahukan yang terbaik berbanding tahun sebelumnya. Kehadiran Hariss Harun dan Luciano Figueroa pada musim ini semestinya akan membantu pasukan lebih-lebih lagi kerana masing-masing telah mempunyai pengalaman bermain bersama JDT. Walau apa sekalipun kami perlu memberikan yang terbaik untuk perlawanan esok.

Safiq Rahim, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="106227"]