We have been clear of our objective from the start of the season despite facing many difficulties

We have been clear of our objective from the start of the season despite facing many difficulties. While our fans were celebrating winning the league title for the fifth consecutive time, the management made a decision to further improve the squad for next year. It is because we saw there are still many areas where we could improve.

At the same time there have been some people trying to undermine the success achieved by Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Some have said that JDT used special channels to change the rules to win the title.

My first question for them is, when JDT won for three consecutive times before HRH Crown Prince of Johor became FAM President and was involved with the Malaysian Football League (MFL), what’s their answer? Secondly, when JDT had no foreign forwards and won five matches in a row with local players, what did they say? So, for me, only ignorant and less intelligent people will undermine others’ success.

Look at Real Madrid when they won the UEFA Champions League for three consecutive years. Dare you say Real Madrid shouldn’t have won, did not deserve to win or used their power? it shows how unintelligent you are.

Success is success, records are records, history is history, these things cannot be changed. So, I would like to wish well done and congratulations to JDT and say thank you to our fans. We will give gifts after gifts to you.

Martin Prest, Johor Darul Ta’zim FC Sports Director

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Kami begitu jelas dengan matlamat kami sejak dari awal musim walaupun kami menghadapi banyak masalah. Ketika ramai penyokong kami sedang meraikan kejuaraan liga kali kelima berturut-turut, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memperbaiki lagi skuad pada tahun hadapan. Ini kerana kami lihat terdapat banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

Pada masa yang sama ada juga segelintir pihak luar yang cuba mempertikaikan kejayaan yang dicapai oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Ada yang mengatakan JDT menggunakan saluran tertentu untuk menukar undang-undang demi mencapai kejuaraan.

Saya ada beberapa soalan untuk mereka. Pertama, apabila JDT menang tiga kali berturut-turut sebelum DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi Presiden FAM dan mempunyai kaitan dengan Malaysia Football League (MFL), apakah jawapan mereka? Yang kedua, apabila JDT tiada penyerang luar negara dan menang lima perlawanan berturut-turut hanya menggunakan pemain tempatan, apa pula jawapan mereka? Jadi pada saya, hanya orang jahil dan orang kurang bijak sahaja yang mempertikaikan kejayaan orang lain.

Cuba lihat apabila Real Madrid memenangi kejuaraan ‘UEFA Champions League’ tiga tahun berturut-turut. Jikalau anda berani kata Real Madrid tidak patut menang, tidak layak menang atau menggunakan kuasa untuk menang, itu akan menunjukkan betapa kurang bijaknya anda.

Kejayaan adalah kejayaan, rekod adalah rekod, sejarah adalah sejarah, perkara itu tidak boleh diubah. Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JDT dan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyokong kami. Hadiah demi hadiah akan kami beri.

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

 

[related_post themes="flat" id="111299"]