We need to have a strong mentality and need to win this match

Our preparations to face Perak have been the same as our preparations for all other matches. We need to have a strong mentality and need to win this match. It will be a special match for us because we have a chance to become the Super League champions for the fifth consecutive time if we win this match. The players are aware of the situation too.

The match might be more advantageous to Perak because they will be playing at home. So we need to give 120% commitment because Perak will surely give their best to win this match. I will definitely field the best starting line-up with players who are in the best physical condition.

Only Aidil is still injured for now, but he should return to training next week. We have had a lot of time to train ahead of the meeting with Perak. I have also had enough time to make preparations on the players.

What I want to say to our fans regarding the match is that I guarantee the players will give their all to win the match. The players are in a positive condition with a high fighting spirit to bring back the victory for all of you.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Persiapan kami untuk menghadapi pasukan Perak adalah sama seperti persiapan kami untuk semua perlawanan lain. Kami perlu mempunyai mentaliti yang kuat dan perlu memenangi perlawanan ini. Ia akan menjadi perlawanan istimewa bagi kami kerana kami mempunyai peluang untuk bergelar Juara Liga Super untuk kali kelima berturut-turut sekiranya kami memenangi perlawanan ini. Para pemain juga sedar akan situasi ini.

Perlawanan ini mungkin akan memberi sedikit kelebihan buat pasukan Perak kerana beraksi di halaman sendiri. Oleh itu kami perlu memberikan komitmen sebanyak 120 peratus kerana pasukan Perak semestinya akan memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini. Semestinya saya akan menurunkan barisan kesebelasan utama yang terbaik dengan pemain yang berada dalam keadaan fizikal terbaik.

Hanya Aidil yang masih mengalami kecederaan buat masa ini, namun beliau boleh memulakan sesi latihan pada minggu hadapan. Kami juga mempunyai masa yang agak panjang untuk menjalani sesi latihan menjelang pertemuan dengan pasukan Perak nanti. Saya juga mempunyai masa yang cukup untuk melakukan persiapan ke atas para pemain.

Apa yang mahu saya katakan kepada para penyokong kami berkenaan perlawanan ini adalah, saya memberi jaminan bahawa para pemain akan memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini. Para pemain kini berada dalam keadaan positif dengan semangat juang yang tinggi untuk membawa pulang kemenangan untuk anda semua.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="111217"]