WE WANT GOOD RESULTS WHEN PLAYING AT LARKIN STADIUM

We want to win the match against Tampines Rovers this time, especially with us playing at home. It has been a while since we played at Larkin, so we want a good result when playing at home.

It doesn’t matter who will be picked for the match, we need to give our best based on the coach’s tactics. We want to think positively and definitely win the three points. For me, let bygones be bygones.

We want to focus on tomorrow’s match. Maybe there will be changes in tactics, strengths and weaknesses. Regardless, we must focus on our own team, which is to fix our weaknesses and improve on our strengths.

For tomorrow’s match, we need to strengthen our attack to get goals. Insya-Allah JDT will successfully get a good result for Johor.

As for the absence of Pereyra Diaz, it is just about one player leaving us. Not ten. It has no effect to the team and we can see that the team’s performances have actually improved, Alhamdulillah. It is a positive effect on the team and we will go through it all well and remain positive.

For the match against Tampines Rovers, we have our own target. We want to do our best throughout the AFC Cup. We take motivation and good aspects from the previous match (against Terengganu) and bring it to the match tomorrow night.

Safiq Rahim, Johor Darul Ta’zim FC Captain

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KAMI MAHUKAN KEPUTUSAN YANG BAIK APABILA BERMAIN DI STADIUM LARKIN

Kami mahukan kemenangan untuk perlawanan bertemu Tampines Rovers kali ini, lebih-lebih lagi kami bermain di halaman sendiri. Agak lama kami tidak bermain di Larkin, oleh itu kami mahukan keputusan yang baik apabila bermain di stadium keramat ini.

Tidak kisah siapa sekalipun yang akan diturunkan untuk perlawanan ini, harus memberikan yang terbaik dan mengikut taktikal yang telah diberikan jurulatih. Kami mahu berfikiran positif dan semestinya mahukan tiga mata kemenangan. Bagi saya, apa yang sudah lepas kita biarkan ia berlalu.

Kami mahu fokus kepada perlawanan ini. Mungkin akan berlakunya perubahan taktikal, perubahan kekuatan dan juga perubahan kelemahan. Apa sekalipun, kami mesti memberi fokus kepada pasukan kami sendiri, iaitu memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi kekuatan kami.

Untuk perlawanan esok, kami perlu memperkuatkan lagi bahagian serangan untuk mendapatkan gol. Insya-Allah JDT akan berjaya mendapatkan keputusan yang baik untuk Johor.

Mengenai ketiadaan Pereyra Diaz, ia hanyalah mengenai seorang pemain sahaja yang meninggalkan kami. Bukan sepuluh orang. Tiada kesan kepada pasukan, malah perlawanan sebelum ini pun dapat dilihat bahawa prestasi pasukan bertambah baik, Alhamdulillah. Ini adalah kesan yang positif buat pasukan dan kami akan lalui semua ini dengan terbaik dan kekal positif.

Untuk perlawanan bertemu Tampines Rovers, kami mempunyai sasaran kami sendiri. Kami mahukan yang terbaik sepanjang perlawanan Piala AFC. Kami mengambil motivasi dan perkara yang baik ketika perlawanan sebelum ini (bertemu Terengganu) untuk dibawa ke perlawanan malam esok.

Safiq Rahim, Kapten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="107764"]