We will also be signing another foreign player – TMJ

I would like to share information with all fans that we have signed two new foreign players, Mauricio dos Santos Nascimento and Aarón Ñiguez. We will also be signing another foreign player whose development I have personally followed for a year because previously we could not afford his price, which wasn’t within the club’s budget. Alhamdulillah it is more suitable for us to sign him this year. We will complete the process of signing this foreign player as well as a new local player in the near future.

Alhamdulillah again because everything progressed well as we won the Charity Cup 2018 and the Malaysian Super League for the fifth consecutive time. We have also won four trophies through our JDT Academy squads this year. As a whole, JDT have won 15 trophies through our senior and junior squads since 2013.

Our new stadium project and the construction of the JDT Headquarters has been progressing well. Our staff in charge of the pitch have started on their work at the new stadium. I would like to inform all fans that all our projects are long-term projects, and it is not limited to just these as there are many more plans that are being lined up by the club.

I would also like to say thank you to all fans and I would like congratulate all players and staff at the club for working hard to ensure the club’s goals and visions are always achieved.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTUntukSemua
#JDTForAll

Saya ingin berkongsi maklumat kepada para penyokong semua bahawa kami telah berjaya menandatangani dua pemain luar negara baharu iaitu Mauricio dos Santos Nascimento dan Aarón Ñíguez. Kami juga akan menandatangani seorang lagi pemain luar negara yang saya sendiri telah mengikuti perkembangan beliau selama setahun kerana kami tidak mampu ketika itu dengan harga pemain tersebut yang tidak berada dalam peruntukan kelab. Alhamdulillah pada tahun ini adalah lebih sesuai untuk kami menandatangani beliau. Kami akan menyelesaikan proses menandatangani pemain luar negara ini dan seorang pemain tempatan yang baharu dalam masa terdekat.

Alhamdulillah sekali lagi kerana semua perkara berjalan dengan lancar apabila tahun ini kami telah berjaya menjuarai Piala Sumbangsih 2018 dan Juara Liga Super Malaysia untuk kali kelima berturut-turut. Kami juga berjaya menjuarai empat piala melalui skuad Akademi JDT kami pada tahun ini. Keseluruhannya, JDT berjaya menjuarai 15 piala dari skuad senior dan skuad junior kami sejak dari tahun 2013.

Projek stadium baharu kami dan pembinaan Ibu Pejabat JDT juga telah berjalan dengan lancar. Kakitangan kami yang menguruskan padang telah mula melakukan kerja-kerja mereka di stadium baharu. Saya ingin memaklumkan kepada semua penyokong bahawa semua projek kami adalah projek jangka masa panjang dan ia bukan setakat ini sahaja tetapi banyak lagi perancangan kelab yang tersusun.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain dan kakitangan yang berada dalam kelab kerana telah bekerja keras bagi memastikan matlamat dan visi kelab sentiasa tercapai.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

[related_post themes="flat" id="114601"]