WE WILL BE MORE FOCUSED FOR THIS MATCH

We do not want to feel pressured, instead we want more focus during the match. It will definitely be a fierce match because Muangthong United are not an ordinary side and they have the best players. However, JDT also have our own reputation.

The friendly matches during the preseason in Thailand have had a positive effect on us. The three friendly matches have clearly improved our playing quality and I am optimistic we can march Muangthong United FC’s strengths.

The opponents have had several player changes and are a completely different team from the one we faced two seasons ago. Their strikers are great and we need to be careful of these players.

Regardless, the tactics and strategies planned by head coach Ulisses Morais throughout our preseason training will be executed by us to win the game.

Izham Tarmizi, Johor Darul Ta’zim FC Player

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KAMI AKAN BERIKAN LEBIH FOKUS UNTUK PERLAWANAN INI

Kami tidak mahu tertekan, sebaliknya mahu lebih fokus dalam pertembungan ini. Ia pastinya perlawanan yang cukup sengit kerana Muangthong United bukanlah calang-calang pasukan dan mereka juga dibarisi pemain terbaik. Namun begitu, JDT juga memiliki reputasi tersendiri.

Aksi persahabatan ketika pra-musim di Thailand jelas memberi kesan positif buat kami. Tiga perlawanan persahabatan yang diharungi nyata mampu meningkatkan kualiti permainan dan saya optimis kami mampu menandingi kekuatan Muangthong United FC.

Pasukan lawan telah melakukan beberapa rombakan pemain dan pasukan kali ini jelas berbeza dengan pasukan yang kami tentang dua musim lalu. Penyerang mereka cukup bagus dan kami kena awasi pemain-pemain tersebut.

Walau apa pun, taktikal dan strategi yang
dirancang oleh ketua jurulatih, Ulisses Morais sepanjang latihan pramusim bakal kami praktikkan untuk memenangi perlawanan ini.

Izham Tarmizi, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="106172"]