WE WILL CONTINUE TO MAKE THE BEST PREPARATIONS FOR THE FOLLOWING MATCH

Firstly, tonight PKNP came to Larkin with a good organisation and a different spirit compared to their previous game. We had to wait to score our goals.

As you could see, the first goal came at the end of the first half. However, we had several opportunities to score it earlier. But as I said, PKNP FC came with a strong defence, and that was not easy for us.

For a team like us, it is important for us to have an enthusiasm to attack, and I feel tonight we had that spirit. So, we cannot always play like our last match. But regardless, we are very happy with tonight’s three points.

Regarding Adam, he is a young player with a high spirit. It is very important for us to give chances to several players in our team. Adam also showed the same playing game as the other players, and it surely was the best moment for him.

As I said before, what’s important is that we need to maintain the fitness level of several players. We will next face Kuala Lumpur, and I believe they have the same good playing level as PKNP FC.

Usually when teams face JDT, they will surely play better but we still need to continue our tasks. The players only have three days for recovery and preparations for the match against Kuala Lumpur.

However, we will do the best preparations to get three points again and give full focus. We, as well as many people, know that the Super League is among the trophies we want to win the most.

So we will focus on the match against Kuala Lumpur first and then the AFC Cup match on 14th February. We will do our best.

Ulisses Morais, Johor Darul Ta’zim FC Head Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KAMI AKAN TETAP MELAKUKAN PERSIAPAN SEHABIS BAIK UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA

Pertama sekali, pada malam ini pasukan PKNP FC telah hadir ke Larkin dengan organisasi yang baru, dan semangat yang berbeza berbanding perlawanan mereka sebelum ini. Kami terpaksa menunggu saat yang tepat untuk menjaringkan gol.

Seperti yang anda lihat, jaringan berjaya dihasilkan pada akhir separuh masa pertama. Walaubagaimanapun, kami mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol lebih awal sebelum itu lagi. Tetapi seperti yang saya katakan, PKNP FC telah menurunkan barisan pertahanan yang utuh, dan ia tidak mudah bagi kami.

Untuk pasukan seperti kami, adalah amat penting untuk kami memiliki keghairahan untuk melakukan serangan, dan saya rasakan malam ini kami mempunyai semangat tersebut. Oleh itu, kami tidak boleh sentiasa bermain seperti perlawanan yang lepas. Tetapi apa pun, kami sangat gembira dengan tiga lagi mata pada malam ini.

Mengenai Adam, beliau merupakan seorang pemain muda yang mempunyai semangat yang tinggi. Adalah amat penting untuk kami memberikan peluang kepada beberapa pemain dalam pasukan kami. Adam juga telah menunjukkan aksi permainan yang sama seperti pemain lain, dan ia pastinya saat terbaik buat beliau.

Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, apa yang penting adalah kami perlu mengekalkan tahap kecergasan sesetengah pemain. Selepas ini kami bakal bertemu pasukan Kuala Lumpur, dan saya percaya mereka juga mempunyai tahap permainan yang bagus sama seperti PKNP FC.

Seperti kebiasaan apabila bertemu pasukan JDT, pasti mereka akan bermain dengan lebih bersungguh-sungguh tetapi kami akan tetap meneruskan tugasan kami. Para pemain hanya mempunyai tempoh masa selama tiga hari untuk proses pemulihan dan persiapan menghadapi perlawanan bertemu Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, kami akan tetap melakukan persiapan sehabis baik untuk mendapatkan tiga mata lagi dan tumpuan sepenuhnya akan diberikan. Kami dan juga semua orang tahu bahawa Liga Super merupakan antara trofi yang paling kami mahukan.

Oleh itu kami akan memberi fokus kepada perlawanan menentang Kuala Lumpur terlebih dahulu dan kemudian barulah kami memberi tumpuan kepada perlawanan AFC pada 14hb Februari nanti. Kami pasti akan memberikan yang terbaik.

Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="106710"]