WELL-BEING OF PLAYERS A PRIORITY AT JDT

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) place great importance on the health and safety of players in order to maximise preparation and meet the club’s aspiration for success.

From having the best support system, modern rehabilitation and recovery equipment to routine medical check-ups, the Southern Tigers leave no stone unturned.

It is the firm belief of HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and everyone at the club that the well-being of players, coaches and staff is crucial in ensuring a well-oiled club that thrives for success.

Injuries suffered by players are given proper attention by renowned medical experts, including from Manchester City medical expert Juan Manuel Boffa, who treats players abroad and consults on the suited rehabilitation process. Players’ mental health is also taken into consideration and given attention if needed. 

The recent Influenza virus outbreak affecting 10 JDT players, four from JDT II, three from JDT III and several coaches and staff saw immediate action of sanitising the Padang Seri Gelam Training Centre and getting everyone at JDT tested.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KESEJAHTERAAN PARA PEMAIN SATU KEUTAMAAN DI JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap kesihatan dan keselamatan para pemain untuk memaksimakan persiapan dan mencapai aspirasi kejayaan. 

Dengan memiliki sistem sokongan yang terbaik, peralatan rehabilitasi dan pemulihan yang moden serta pemeriksaan kesihatan yang rutin, Harimau Selatan memastikan setiap perkara diberi perhatian. 

Ia adalah dasar DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan semua individu yang terlibat dengan kelab bahawa kesejahteraan para pemain, jurulatih dan kakitangan adalah penting bagi memastikan kelangsungan kelab dalam mencapai kejayaan. 

Kecederaan yang dialami pemain turut diberi perhatian oleh pakar perubatan terkemuka termasuk pakar perubatan Manchester City, Juan Manuel Boffa yang merawat pemain di luar negara dan memberi konsultansi dalam proses rehabilitasi. Kesihatan mental pemain juga di ambil kira dan perhatian akan diberikan jika diperlukan. 

Wabak Influenza yang menyerang 10 pemain dari skuad utama JDT, empat dari JDT II, tiga dari JDT III dan beberapa jurulatih dan kakitangan baru-baru ini telah memperlihatkan tindakan segera dalam mensanitasi Pusat Latihan Padang Seri Gelam dan semua di JDT diberikan pemeriksaan lanjutan. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120625"]