WHAT YOU NEED TO KNOW ABOUT PROTEIN INTAKE FOR FOOTBALLERS

Proteins are one of the main nutrients besides carbohydrates. After training or a football match, injured or eliminated body cells need to be replaced immediately.

The process of replacing these cells requires protein as building blocks to form new cells. Proteins contain amino acids and a human body needs 20 types of amino acids to function properly.

1. Essential Amino Acids Intake

From the 20 types of amino acids, 9 are not produced by the body. They are known as essential amino acids such as Threonine that makes up Elastin, Collagen and helps in healing.

Meanwhile Tryptophan produces Serotonin that is used by the body to help you feel happy and avoid depression. The essential amino acids must be taken by footballers as part of the dietary intake because they are not produced by the body.

2. Knowing the Protein Quantity Required

The protein quantity required by a footballer is different from someone who does not actively exercise. For those without an active lifestyle, 0.8g/kg per day is sufficient. But for footballers, the quantity required is between 1.2 – 2.0g/kg per day.

3. Necessities Before and After a Match

Around 4 hours before a match, footballers need to increase their protein intake by 0.25 – 0.4g/kg. The protein taken before a match is used as an amino acid to repair injured cells during the match. The protein intake after a match is different as footballers need to take as much as 20g every 3 hours for the first 12 hours after a game.

This health information is provided by Dr. Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI BERKAITAN PROTEIN UNTUK PEMAIN BOLASEPAK

Protein merupakan salah satu sumber pemakanan yang utama selain karbohidrat. Selepas sesuatu latihan atau perlawanan bola sepak, banyak sel-sel yang tercedera atau hilang perlu diganti dengan segera.

Proses menggantikan sel-sel ini memerlukan protein sebagai ‘building block’ untuk membentuk sel-sel yang baharu. Protein mengandungi asid amino dan tubuh manusia memerlukan 20 asid amino untuk berfungsi dengan baik.

1. Pengambilan ‘Essential Amino Acids’

Daripada 20 asid amino, 9 daripadanya tidak dihasilkan oleh badan. Ianya dikenali sebagai ‘Essential Amino Acids’ iaitu seperti ‘Threomine’ yang berfungsi untuk membentuk elastin, kolagen dan membantu dalam process penyembuhan luka.

Manakala ‘Tryptophan’ pula berfungsi untuk menghasilkan ‘serotonin’ yang digunakan oleh tubuh bagi menimbulkan rasa ceria serta mengelakkan kemurungan. ‘Essential Amino Acids’ mesti diambil oleh pemain bola sepak sebagai salah satu sumber makanan kerana ianya tidak dihasilkan oleh tubuh badan.

2. Mengetahui Kuantiti Protein Yang Diperlukan

Kuantiti protein yang diperlukan oleh seseorang pemain bola sepak adalah berbeza dari orang biasa yang tidak aktif bersukan. Bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang tidak aktif, 0.8g/kg sehari sudah memadai. Tetapi bagi pemain bolasepak, kuantiti yang diperlukan adalah antara 1.2 – 2.0g/kg sehari.

3. Keperluan Sebelum dan Selepas Perlawanan

Sekitar 4 jam sebelum perlawanan, pemain bola sepak perlu menambah protein sebanyak 0.25 – 0.4g/kg. Protein yang diambil sebelum perlawanan ini digunakan sebagai amino acid untuk memulihkan sel-sel yang tercedera ketika perlawanan. Berbeza pula keperluan protein selepas perlawanan dimana pemain bola sepak perlu mengambil sebanyak 20g setiap 3 jam untuk 12 jam pertama selepas perlawanan.

Sumber informasi kesihatan ini dibawakan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

 

[related_post themes="flat" id="115887"]