ZERO – 2 MILLION: WE STARTED FROM THE BOTTOM, NOW WE’RE HERE AIMING HIGHER

It has been over five years since HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kick-started the Johor Football revolution and from barely a turnout, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) grew into consistently having the best average attendance for home matches.

Today, the Southern Tigers hit 2 million followers on Facebook and we could not have done it without the JDT Family – from the Crown Prince of Johor to the players, supports system and crucially the legions of fans who stand faithfully behind the club.

JDT have won a record five straight Malaysia Super League titles, three Charity Cups, 2016 FA Cup, 2017 Malaysia Cup and the 2015 AFC Cup, where JDT were the first Southeast Asian club to win the Asian competition.

The JDT Family has been crucial in raising the profile of the Southern Tigers, who have also attracted international attention with tie-ups with clubs such as Borussia Dortmund from Germany and Valencia from Spain. Congratulatory messages were on digital boards in England during the 2017 Carabao Cup tie between Chelsea and Nottingham Forest and later the 2017-18 English Premier League match between Leicester City and Liverpool, all because of excellent foreign ties.

HRH Tunku Ismail has also brought the brand to global superstars such as David Beckham, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Gerard Pique and Fernando Torres.

The Southern Tigers brand can only expand with participation in the 2019 AFC Champions League, the country’s first club to do so, and the opening of the new Sultan Ibrahim Stadium. HRH Tunku Ismail also recently announced plans to have a state-of-the-art training facility adjacent to the new stadium.

The possibilities are endless.

A big thank you to everyone who has been part of this magnificent project. Now, let’s aim higher!

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

SIFAR – 2 JUTA: KAMI BERMULA DARI BAWAH, SEKARANG KAMI DISINI DENGAN SASARAN LEBIH TINGGI

Sudah lebih lima tahun sejak DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memulakan revolusi bola sepak Johor dan bermula daripada hanya beberapa penyokong, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkembang ke jumlah purata kehadiran penyokong terbaik yang konsisten di laman sendiri.

Hari ini, laman Facebook Harimau Selatan mencecah 2 juta ‘followers’ dan kami pastinya tidak dapat melakukannya tanpa adanya ikatan ‘JDT Family’ – dari DYAM Tunku Mahkota Johor kepada pemain, sistem sokongan pasukan dan yang amat penting, barisan penyokong yang berdiri teguh di belakang kelab.

JDT telah memenangi lima kejuaraan Liga Super Malaysia, tiga Piala Sumbangsih, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan Piala AFC 2015, di mana JDT adalah satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi pertandingan peringkat Asia tersebut.

‘JDT Family’ sangat penting dalam meningkatkan profil Harimau Selatan, yang mana ianya turut menarik perhatian kelab antarabangsa dengan kerjasama bersama kelab seperti Borussia Dortmund dari Jerman dan Valencia dari Sepanyol. Mesej ucapan tahniah dipapar di papan digital di England semasa pertandingan Piala Carabao 2017 antara Chelsea dan Nottingham Forest dan kemudian pertandingan Liga Perdana England (EPL) 2017-18 antara Leicester City dan Liverpool, semuanya adalah kerana faktor hubungan erat dengan negara luar yang sangat baik.

DYAM Tunku Ismail juga membawa jenama tersebut kepada bintang bola sepak dunia seperti David Beckham, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Gerard Pique dan Fernando Torres.

Jenama Harimau Selatan akan terus berkembang dengan penyertaan JDT dalam Liga Juara-Juara AFC 2019, dimana ia merupakan kelab pertama tanah air yang melakukannya, dan pembukaan stadium baru, Stadium Sultan Ibrahim. DYAM Tunku Ismail juga baru-baru ini telah mengumumkan rancangan untuk memiliki kemudahan latihan terkini yang bersebelahan dengan stadium baru.

Kemungkinan tidak akan berkesudahan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada projek yang hebat ini. Sekarang, ayuh kita letakkan sasaran yang lebih tinggi!

[related_post themes="flat" id="114006"]